? ??????????????Phone Booth? ????? ?? ???Rating: 4.4 (27 Ratings)??67 Grabs Today. 35517 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Tartan Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (45 Ratings)??63 Grabs Today. 46386 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????The Best Thi BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, 16 December 2009

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN


1) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
    Mendefinisikan murid yang mengalami Masalah Pembelajaran
    sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap
    boleh diajar dan boleh mendapat manfaat  pendidikan formal.
    Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran
    seperti Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, terencat akal
    minima, kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities)
    dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus, contoh disleksia.

2) KPM
  Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah golongan
  kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh
  professional klinik sebagai mengalami kecacatan yang
  mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami
  boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak
 dalam kebolehan kognitif, social,komunikasi dan kemahiran perkembangan.

3) Individual with Disabilities Education Act ( IDEA ), 1997
    Masalah Pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau
    lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman dan
    penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana
    masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar,
    berfikir,bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak
    termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada 
    ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan
    akal,gangguan emosi, atau kekurangan dalam persekitaran, budaya
    atau ekonomi.


Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab Kementerian Pelajaran Malaysia

Sindrom Down
  Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal
  pada kanak-kanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom pada
  pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21.
  Individu ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat
  seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal
  dan panjang (menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari
  tangan yang pendek (menyebabkan kesukaran memegang pensel
 dan gunting). Ujian pra natal bertujuan mengesan kecacatan semasa
  janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic Villus
  Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS).

Autisme
  Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri
  sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme
  bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri.
  Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun
 disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi
 otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik
  tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri
 yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun
 nyanyian tanpa memahami maksudnya. Mereka suka mengulangi
 percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan
 istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan
 orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan
 objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup
 angin. Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang
 tumpuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk
 meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak.

Attention Deficit Hyperaktif Disorder
  Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku
  terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan
  sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di
  sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka
  bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran),
  cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap
  dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan
  pengekalan  daya mental. Kanak-kanak ADHD memerlukan
  sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan
   marah dan tekanan. Ganjaran terlebih  dahulu sebelum memberi
  hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi
  maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu
  mendidik murid ADHD.

 Bermasalah pembelajaran spesifik ( Disleksia)
  Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid
  mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat
  dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi
  kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka
  sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun
  mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap
  pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali.
  Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan
  tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka
 dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka.
 Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi
 (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat
  matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang
 kepada disleksia. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran
 yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui
 pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria
 seperti auditori, visual, oral dan kinestetik


Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:

• Akta Pendidikan 1996, Bab 8.

• Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.

• Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

• Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas].

• Deklarasi Antarabangsa:

• United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).

• The World's Declaration on Education for All (1990).

• The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).

• The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.

• Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).

0 comments: