Pengajaran Pola KV+KV
Wednesday, 6 January 2010
Posted by Nor Hamizan Bt Mohd Yusof at 04:06 0 comments
BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam kelas. BBM terdiri daripada 2 iaitu media elektronik dan media bukan elektronik
Menurut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2) dalam bukunya bertajuk “ Alatan mengajar dalam Pengajaran Bahasa”, alat bantu bermaksud satu bahagian yang padu dalam proses P&P. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Kepentingan BBM dalam proses P & P
Menurut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edger Dale (1964: 65 ) BBM penting untuk:
1. Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
2. Sebagai daya penarik penting kepada pelajar
3. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
4. Dapat member pengalaman sebenar yang boleh meransang aktiviti
sendiri dalam kalangan pelajar.
5. Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
Contoh BBM
Posted by Nor Hamizan Bt Mohd Yusof at 03:28 0 comments
Wednesday, 16 December 2009
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN
1) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Mendefinisikan murid yang mengalami Masalah Pembelajaran
sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap
boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.
Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran
seperti Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, terencat akal
minima, kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities)
dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus, contoh disleksia.
2) KPM
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah golongan
kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh
professional klinik sebagai mengalami kecacatan yang
mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami
boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak
dalam kebolehan kognitif, social,komunikasi dan kemahiran perkembangan.
3) Individual with Disabilities Education Act ( IDEA ), 1997
Masalah Pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau
lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman dan
penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana
masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar,
berfikir,bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak
termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada
ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan
akal,gangguan emosi, atau kekurangan dalam persekitaran, budaya
atau ekonomi.
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab Kementerian Pelajaran Malaysia
• Sindrom Down
Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal
pada kanak-kanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom pada
pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21.
Individu ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat
seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal
dan panjang (menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari
tangan yang pendek (menyebabkan kesukaran memegang pensel
dan gunting). Ujian pra natal bertujuan mengesan kecacatan semasa
janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic Villus
Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS).
• Autisme
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri
sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme
bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri.
Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun
disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi
otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik
tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri
yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun
nyanyian tanpa memahami maksudnya. Mereka suka mengulangi
percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan
istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan
orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan
objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup
angin. Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang
tumpuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk
meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak.
• Attention Deficit Hyperaktif Disorder
Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku
terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan
sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di
sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka
bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran),
cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap
dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan
pengekalan daya mental. Kanak-kanak ADHD memerlukan
sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan
marah dan tekanan. Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi
hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi
maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu
mendidik murid ADHD.
• Bermasalah pembelajaran spesifik ( Disleksia)
Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid
mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat
dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi
kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka
sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun
mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap
pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali.
Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan
tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka
dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka.
Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi
(kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat
matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang
kepada disleksia. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui
pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria
seperti auditori, visual, oral dan kinestetik
Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:
• Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
• Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
• Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
• Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas].
• Deklarasi Antarabangsa:
• United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).
• The World's Declaration on Education for All (1990).
• The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).
• The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.
• Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).
Posted by Nor Hamizan Bt Mohd Yusof at 01:34 0 comments
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, social dan emosi tidak dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa sehingga mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.
(Chua Tee Tee & Koh Boh Boon,1992 )
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran pendidikan khas:
I) Masalah Pembelajaran
II) Masalah Pendengaran
III) Masalah Penglihatan
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:
i) Sekolah khas
ii) Program Pendidikan Khas ( Integrasi/ Inklusif )
iii) Pemulihan Khas
iv) Program Disleksia
v) Pendidikan Vokasional Sekolah Khas ( Teknik/ Vokasional )
Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang
menghadapi masalah:
• cacat fizikal teruk,
• rencatan akal sederhana dan teruk,
• pelbagai kecacatan, dan
• kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Posted by Nor Hamizan Bt Mohd Yusof at 01:05 0 comments



